23 August 2012

Hari ni follow hubby gi beraya dengan geng SSI. Start dari umah my PIL then gi umah Saha. Lama la jugak kat umah Saha sampaikan Anis sempat membuang...hehehe. Then gi umah Nizam. Pastu gi beraya umah kwn hubby kat Pulai Perdana. Then gi JPO..dapatlah belikan Anis 2 helai baju. Pastu kiteorg gi beraya umah Mahadir. Pastu beraya umah Syu (wife Nizam).

Balik dari beraya, Busu dari Pahang datang beraya umah my PIL. Tetiba dalam kul 6 lebih, keadaan my FIL tenat. Adik cepat2 kol ambulans. Kul 8 malam camtu, my FIL dibawa ke hospital. Tinggallah aku ngan Anis berdua kat umah. Kul 9 lebih my hubby balik umah jap temankan kiteorg. Lebih kurang kul 11 lebih my hubby dapat kol dari hospital. Cepat2 my hubby gerak gi hospital. Setengah jam kemudian, my hubby kol dan bitau yang my FIL dah meninggal. Innalillah....

Lepas my hubby kol, aku jadi blur. Nasib baik Anis tido, so dapatlah aku kemaskan pe yang patut kat umah sebab bila jenazah bawa balik ke umah nanti takde lah nampak bersepah. Kul 12 lebih hubby balik dengan 2 orang sepupu dia. Hubby tinggalkan sepupu dia untuk tolong kemaskan umah. Lebih kurang kul 2 pagi, my MIL ngan BIL balik dari hospital.

Hampir kul 4 pagi jenazah pun tiba. Aku ngan Anis kat bilik atas sebab Anis tido. Dalam kul 8 pagi jenazah dibawa ke surau dan terus ke kubur untuk dikebumikan. Al Fatihah...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....


19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni turn beraya di Ulu Tiram dan raya pertama bersama si comel Anis Zulaikha.

Satu kejadian yg tak dapat dilupakan. Aku dah siap pakai baju raya tiba-tiba Anis muntah dan terkena kat lengan baju yang aku pakai dan baju rayanye yg sedondon dgn aku. Terpaksa salinkan Anis baju raya lain sementara baju yg terkena muntah tu kering.

Selepas salam bersalaman dan makan ketupat, kita orang gerak balik raya ke Pontian. Dah abis beraya di Pontian, kita orang balik semula ke Ulu Tiram.