12 September 2012

Setelah sekian lama tak berbengkel di luar UTM, akhirnya tahun ni dapat gak aku gi bengkel kat luar...Kali ni bengkel kat Holiday Inn, Melaka. Hotel baru rasanya bersebelahan ngan Mahkota Hotel. Bilik hotel pun selesa.

23 August 2012

Hari ni follow hubby gi beraya dengan geng SSI. Start dari umah my PIL then gi umah Saha. Lama la jugak kat umah Saha sampaikan Anis sempat membuang...hehehe. Then gi umah Nizam. Pastu gi beraya umah kwn hubby kat Pulai Perdana. Then gi JPO..dapatlah belikan Anis 2 helai baju. Pastu kiteorg gi beraya umah Mahadir. Pastu beraya umah Syu (wife Nizam).

Balik dari beraya, Busu dari Pahang datang beraya umah my PIL. Tetiba dalam kul 6 lebih, keadaan my FIL tenat. Adik cepat2 kol ambulans. Kul 8 malam camtu, my FIL dibawa ke hospital. Tinggallah aku ngan Anis berdua kat umah. Kul 9 lebih my hubby balik umah jap temankan kiteorg. Lebih kurang kul 11 lebih my hubby dapat kol dari hospital. Cepat2 my hubby gerak gi hospital. Setengah jam kemudian, my hubby kol dan bitau yang my FIL dah meninggal. Innalillah....

Lepas my hubby kol, aku jadi blur. Nasib baik Anis tido, so dapatlah aku kemaskan pe yang patut kat umah sebab bila jenazah bawa balik ke umah nanti takde lah nampak bersepah. Kul 12 lebih hubby balik dengan 2 orang sepupu dia. Hubby tinggalkan sepupu dia untuk tolong kemaskan umah. Lebih kurang kul 2 pagi, my MIL ngan BIL balik dari hospital.

Hampir kul 4 pagi jenazah pun tiba. Aku ngan Anis kat bilik atas sebab Anis tido. Dalam kul 8 pagi jenazah dibawa ke surau dan terus ke kubur untuk dikebumikan. Al Fatihah...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....


19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni turn beraya di Ulu Tiram dan raya pertama bersama si comel Anis Zulaikha.

Satu kejadian yg tak dapat dilupakan. Aku dah siap pakai baju raya tiba-tiba Anis muntah dan terkena kat lengan baju yang aku pakai dan baju rayanye yg sedondon dgn aku. Terpaksa salinkan Anis baju raya lain sementara baju yg terkena muntah tu kering.

Selepas salam bersalaman dan makan ketupat, kita orang gerak balik raya ke Pontian. Dah abis beraya di Pontian, kita orang balik semula ke Ulu Tiram.

16 July 2012

Pagi tadi abang interview Juruteknik kat UTM. Abang cakap salah seorang panel interview tu bos lama aku, Tn Hj Dahari. Harap2 nya abang dapat jawatan tu...senang sikit nak pergi-balik kerja nanti.

09 June 2012

Hari ini Majlis Cukur Jambul Anis kat Pontian pula. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih pd para tetamu yg hadir memeriahkan majlis tadi.

16 April 2012

Setelah cuti selama 2bulan, hari ni bermulalah aku menjalankan tugas semula. Anis, mak aku yg jaga sbb hari ini dia kene checkup & cucuk utk 2bln. Alhamdulillah sepanjang aku ngan hubby bekerja, Anis elok & tak banyak ragam ketika dijaga oleh mak.

01 April 2012

Hari ni my PIL wat majlis cukur jambul utk Anis. Ramai jemputan yang datang. Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung, Anis tak meragam.

19 February 2012

Hari ini bermula la aku berpantang selama 2bulan di Pontian juga bertukar la status aku dengan panggilan Umi. Bila dah bersalin ni yang syok nya tak payah wat kerja2 umah, blh tgk tv dr pg-mlm..
Alhamdulillah aku dah selamat bersalin bby gurl semalam kul 2.10 petang di Hospital Pontian. Kul 4stgh pg smlm aku dah start sakit cam senggugut.kejap hilang kejap sakit..aku bertahan sampai kul 6stgh..Pastu aku kejutkan hubby mintak antarkan aku ke hospital..Sampai je hospital, nurse mintak aku tukar uniform hospital ngan sampel air kencing. Kemudian nurse seluk nak check bukaan pintu rahim ku..kul 7pg,bukaan baru 2cm. Perut ku dipasang dengan mesin ECG untuk tengok keadaan nadi bby. Hampir sejam lebih mesin tu dipasang sambil aku menahan sakit..Bila result yg tercatit hampir ok, nurse minta aku pindah ke katil wad dan mkn sarapan yg disediakan di katil ku. Lepas sarapan,aku baring di katil..Sakit kdg2 datang mnyerang..aduh..Bile sakit ku dah xtertahan, aku minta kain untuk salin dan minta nurse check bukaan rahim aku. Kul 10 lbih bukaan dah 4cm kemudian nurse minta aku siap2 ke bilik bersalin. Dalam bilik bersalin, perutku dipasang skali lg dengan mesin ECG. Setiap saat aku baca doa Nabi Yunus..Kul 12 lbih doktor datang dan check bukaan pintu rahimku..doktor ckp dah 7cm pastu doktor trus pecahkan air ketuban..Kul 2.10ptg aku selamat lahirkan bby pompuan..lepas siap jahit,aku dpindahkan ke wad. Terima kasih wat my hubby coz temankan aku ketika aku sedang bsalin..Hari ni pas doktor wat checkup kat semua patient,aku dibenarkan kuar wad.My PIL,angah ngan awek die datang tgk my bby kat umah.

15 February 2012

Sampai je opis pg td, aku terus senaraikan tugas2 yg perlu diselesaikan oleh staf yang menanggung keje2 aku selama 2 bulan aku bercuti nanti..Bajet opis masih lg belum masuk dalam sistem. Jumlah bajet utk tahun ni nampak nye sikit saje yg dapat, ntah cukup ntah tak utk sampai ke tahun depan. Sok petang appointment dgn doktor..hope dapat scan jantina bby..

05 February 2012

Pas maghrib siap2 gi mkn kat Restoran Kemangi..Mlm ni family aku ngan family Cik Azi je yg ada. Kali ni Cik Lan yang belanja..tq belanja kiterorg makan...

22 January 2012

Arini makan2 kat umah yaii..sbb makcik aku kat Mersing ngan Shah Alam balik kampung. Macam2 menu ade..Lontong Goreng, Nasi Goreng, Sate ngan Otak2 Popia. Seronoknye dapat mkn beramai2...

07 January 2012

Mula2 planning nk gi servis kereta..call semua tempat servis,semuanya full booking sbb nk Chinese New Year.
Cancel servis,trus gi umah Mak Uk sbb pas Isyak de wat kenduri doa selamat utk ahli keluarga yg kurang sihat & utk Anne. Sampai umah Mak Uk, Kak Ida (Mak Aya) pun baru sampai.Pas Asar, Kak Ida balik Yong Peng. My PIL sampai dlm kul 6lbih..Dalam kul 9mlm, majlis doa selamat start. Kul 11mlm kiteorg pun balik..